Monday, June 23, 2008

tumit getah?


KOTA BHARU 23 Jun – Larangan pemakaian gincu dan kasut tumit tinggi ialah antara arahan yang ditetapkan kepada pemegang lesen dan pekerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Shafie Ismail berkata, arahan itu bagi mengelak berlakunya anasir jahat seperti rogol dan zina selain menjaga maruah serta peribadi muslimah di negeri ini.

Katanya, wanita muslimah dilarang memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu dan tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.

``Sekiranya hendak memakai kasut bertumit tinggi, tumitnya haruslah diperbuat daripada getah,’’ katanya menerusi pekeliling yang dikeluarkan kepada wanita beragama Islam yang bekerja mengendalikan premis makanan dan bukan makanan di dalam kawasan MPKB-BRI.

Bagaimanapun Shafie tidak dapat dihubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan terperinci berkenaan larangan pemakaian gincu itu.

Selain itu, beliau berkata, antara etika lain yang perlu dipatuhi ialah memakai tudung yang labuh, tidak jarang dan menutup dada, memakai baju berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangan, memakai baju labuh dan longgar serta memakai sarung kaki.

Shafie berkata, kegagalan mematuhi peraturan dan etika yang ditetapkan itu akan dikenakan kompaun sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) 1986 dan jika sabit kesalahan boleh dikompaun tidak lebih RM500.


read more here


saye tertarik mengenai pemakaian kasut tinggi y digariskan.sekiranya ingin memakai kasut bertumit tinggi hanyasanya tumit itu bergetah (so that no sound ignited).

saye adelah spesies y mudah terganggu dgn bunyi high heel y berdetuk detak lebih2 lg semasa dlm dewan peperiksaan, mengganggu konsentrasi n tumpuan tika tu.masih teringt semasa menduduki upsr dan pengawas peperiksaan tika tu memakai kasut tumit tinggi y tah brape inci n tumit die tah diperbuat dr ape, dr batu konkrit kot, y kuarkan bunyi y berdetuk detak jelas bunyinye, y mane stiap detukan kasut tersebut diiringi dgn heart beat sy y cukup membuatkan sy xtenang, secretion of adrenalin overloads, bring me uncertainty in my exam hour condition, buatkan emosi sy xtentu hala.pastu sy akan mengutuk2 " boleh x jgn pakai high heel.ee~ bising saje! " dah la pengawas tu suke ke sana ke mari. satu hall bergema dgn bunyi kasut tersebut. "tup!tap!tup!tap!" bisingdahla dewan time tu sunyi sepi seindah bunga di taman seharum semerbak kasturi (eh.lebih2 lak) so bunyi kasut tu laaagi la obvious.
hooo.alergik btul ana.sungguh mengganggu! budak2 x bising ( ye la,tgh duk xm kan.) tp kasut pengawas lak y buat bising.so kerna otak sy time tu ligat sket, sy terpk kan, ape kate kalau letak getah kt tapak kasut tu, so xde la bunyi cam pukul gendang tu.takbole

skali bile bace news kt atas tu, teringt2 zaman 'mude2' dulu.. he he hesenyumkenyit

No comments: