Wednesday, April 19, 2006

kesopanan dan kesusilaan

Terubat juga hati hari ini apabila membaca kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria (sila rujuk HARIAN METRO hari ini) yang menyatakan bahawa:Definisi PBT (pihak berkuasa tempatan) terhadap perlakuan sumbang mestilah tepat, mesti ada takrifannya. Kalau sampai bogel baru hendak tangkap, itu (menampakkan) teruk sangatlah negara iniKelakuan tidak sopan tidak semestinya bogel saja, bercium dan sebagainya boleh dianggap tidak sopan juga. Jadi, pengertiannya perlulah tepatTeras kelima dalam Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan perlu menjadi pegangan setiap individu di negara ini dalam mengawal kelakuan di khalayak ramai.Ia sepatutnya menjadi teras dan takrif bagi semua bangsa tidak mengira Melayu atau Cina. Undang-undang yang digubal juga melaksanakan apa yang terkandung dalam Rukun Negara.Jadi mestilah Rukun Negara dipatuhi semua. Mengikut Kanun Keseksaan tindakan boleh diambil terhadap individu yang didapati melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam......http://n32.blogspot.com/

No comments: