Friday, March 13, 2009

tahniah Maahad! ^_~

tahniah diucapkan kepada scorers2 spm 2008, especially kepada malaysia's best student Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal from Maahad Muhammadi (P), another breakthrough follows up after Siti Fatimah Mukhtar's highest achievement in the previous exam, which is also from the same school. senyumkenyit

membuktikan bahawa pelajar sekolah agama adalah cemerlang in both subjek agama dan subjek akademik. menduduki peperiksaan SMU di tgktn 4 sebenarnya bukanlah satu halangan utk menumpukan perhatian kepada subjek2 akademik semasa spm. kan? teruskan kecemerlangan maahad muhammadi buat adik2 y lain..congrates to maahad n im proud to be one of the alumni peace

and kepada seorang adik di perak, tahniah juge. jgn nangis2 lagi ,big girl dun cry senyum
-------------------------------------------------------------------------------------------------

PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil.

Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM.

NIK Nur Madihah yang memperoleh 19 1A dan 1 2A dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin dan ibu, Mariani Omar.

bace sini atau sini
***

KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

Dengan keputusan itu Nik Nur Madihah juga meraih pelajar paling cemerlang di Kelantan dalam peperiksaan terbabit.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

No comments: