Thursday, July 30, 2009

mungkin

mungkin, mungkin tak ramai yang memahami isi hatinya. mungkin tidak ramai y mengetahui apa yang telah disumbangnya, dan mungkin juga tidak ramai y mengetahui apa yang telah dilakukannya demi memenuhi sedikit sebanyak keperluan orang lain. mungkin kerana sedikit diamnya membuatkannya nampak terasing, tapi yang jelas dia adalah sebahagian daripada yang lain. terkadang apa yang dilakukan ada kala menimbulkan tanda tanya, lebih2 lagi bila melakukan sesuatu yang asing. betulkah apa y dilakukan? masuk akalkah? ish. bermacam2. tapi tidak dapat tidak, apetah lagi utk dinafikan, dia banyak menyumbang, dan berkorban utk yang lain. mungkin tidak ramai y sedar, mungkin juga kebanyakan sedar, namun didiamkan bersama rasa hormat. terkadang tersempit antara dua dunia, antara pengorbanan yang pernah dilakukan dan keadaan terkini yang sedikit menekan. lalu diharung semua tanpa menghirau apa y lepas. hidup di dunia terkini, digalas bersama dunia y lepas. mungkin ini adalah sebuah repekan.

ini adalah entry org yang cube utk tidur, namun tidak berjaya lalu membangkitkan diri membuat sesuatu y mampu menghasilkan tidur selepas ini.

dan, of course la ini bukan entry mengenai diri sendiri.

No comments: