kadang2 tersenyum dan tergelak (jarang) sendiri (ini bukan saiko!) bile mengingatkan rentetan sebuah kehidupan, tak kiralah kehidupan sendiri, kawan2 or org2 lain..begitu dan begini..
ada yang melalui sebuah kejayaan di peringkat awal, namun di tengahnya sedikit kecundang, ada yang grafnya plateau kemudian turun naik.
ada yang luarannya sentiasa nampak ceria, bergelak ketawa, tetapi sebenarnya dalam hati terkandung seribu satu masalah yang ramai tidak ketahui..
ada yang luarannya jarang bergelak ketawa, cerianya jarang kelihatan, tetapi di sebalik wajah itu tersisip seribu satu ketenangan, redha dengan ketentuan, hati jarang gundah gulana dan tenang menerima seadanya ujian Tuhan..
there'll one moment where u'r gonna sit silent and reflect back what u have gone through all the years back..what u have done and contributed to others & to u yourself, how your friend(s) live their life, what they experience in life, and many others.
sekiranya ujian yang mendatang, hadapilah dengan tenang..ujian didatangkan utk mematang dan menguatkan diri, sekiranya apa yang mendatang berbeza dengan apa y diharapkan, percayalah terkandung seribu satu hikmah di dalamnya, y mana di masa hadapan kita akan sedar dan menghargai apa yang menimpa dengan penuh kesyukuran..menerima qada' dan qadar kehidupan dengan penuh keimanan..jangan menangisi 'bala' kerana rama-rama yang cantik datang hasilnya daripada kepompong yang buruk..
No comments:
Post a Comment