Friday, June 27, 2008

kesihatan

satu article y cukup memberangsangkan..i've heard about this CVT (colour vibration therapy) some years ago while surfing..here goes some tips from CVT.for more tips psl pengambilan makanan in CTV, u can browse here marisini

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Walaupun fiber mendatangkan kemudaratan kepada kita, tetapi fiber masih tetap diperlukan. Sebenarnya terdapat dua jenis fiber iaitu fiber lembut dan biber kasar. Fiber kasar ialah fiber yang bertindak serta-merta seperti buah ciku dan buah pisang. Fiber lembut ialah fiber yang boleh diurai setelah empat peringkat proses pencernaan iaitu dari jenis timun dan labu seperti timun batang, tembikai, labu. Fiber terbaik ialah Timun Cina kerana kurang sejuk dan mudah terurai dengan sindiri dan tidak akan menjejaskan otot jika diambil berlebihan.

Timun Cina mudah disediakan. Berikut ialah resipi penyediaan jus timun.

Bahan-bahan;

1 batang Timun Cina
4 sudu besar gula (untuk penyediaan 1 jug air)
1 jug air
Ais kiub (untuk penyediaan 1 jug air)

Cara-caranya;

Potong timun secara kecil-kecil seperti penyediaan rojak buah.
Kemudian masukkan ke dalam pengisar.
Masukkan bersama 4 sudu besar gula.
Masukkan air kira-kira suku tabung pengisar tersebut.
Kisar hingga hancur.
Salin kisaran tersebut ke dalam jug dengan menggunakan penapis.
Boleh juga ambil sedikit hampas timun tersebut untuk dimasukkan ke dalam jug untuk mengekalkan rasa manis.

Minum segera dalam tempoh 30 minit penyediaan kerana gula akan diuraikan (menjadi glukus ringkas) hingga rasa manis hilang.

Anda boleh menguji kuasa penguraian timun dengan cara mencelupkan satu batang cili yang telah dibelah 4. Tunggu hingga 30 minit, kemudian cuma kunyak cili tersebut, didapati rasa pedas telah hilang.

Ujian kedua ialah dengan menuangkan jus timun (tanpa gula) ke atas pinggan kotor berminyak. Didapati pinggan lebih cepat bersih dan tanggal dengan mudah kerana timun telah menguraikan kolestrol dan minyak di atas pinggan.

Pengambilan Timun Cina sebagai alternatif kepada fiber kasar akan membantu meningkatkan tahap kesihatan, mengatasi sembelit dengan cara yang lembut, mengelakkan kekejangan otot dan mencegah jantung daripada berhenti secara tiba-tiba. Ia boleh diamalkan selalu tanpa had dos kerana ia akan menyingkirkan dirinya sendiri jika berlebihan di dalam tubuh. Gula yang dikisar bersama dengan timun akan serta merta terurai menjadi tenaga dalam bentuk glukos yang tidak akan membebankan pankeras sama sekali.

No comments: