Monday, April 3, 2006

hamas

Oleh : Maszlee Malik

HAMAS tidak muncul secara tiba-tiba. Ianya juga bukanlah muncul kerana kekecewaan sesetengah golongan terhadap Fatah seperti yang pernah didakwa. Gerakan HAMAS merujuk kepada perjuangan yang panjang.

HAMAS mendakwa ianya kembali kepada perjuangan Syeikh Izzuddin al-Qassam lewat Revousi Palestin 1936. Yang pasti, perjuangan HAMAS seperti yang telah diterangkan di dalam perlembagaan mereka, adalah berpunca dari gerakan al-Ikhwan al-Muslimin (IM). Gerakan IM telah ditubuhkan di Mesir seawal tahun 1928 lagi. Di dalam artikel ini, kita akan cuba merentasi sejarah melihat sejarah IM dan perjuangan Palestin serta bagaimanakah ia boleh bermetamorfosis kepada HAMAS.

IM dan Isu Palestin pra-1948

IM sebagai sebuah gerakan Islam begitu komited dengan isu Palestin semenjak awal terletusnya isu tersebut. Ketika berlakunya Revolusi Palestin pada tahun 1936, IM yang berpusat di Mesir telah memberikan respon yang segera. Lajnah Isnad Filistin telah ditubuhkan oleh IM di peringkat pusat sebagai keprihatinan mereka berhubung isu tersebut menurut Hassan al-Banna sendiri di dalam bukunya Mudhakarat al-Da'wa wa al-Da'iya, (hal. 240).

Menurut Mahmoud Abdel Halim, pengarang buku al-Ikhwan al-Muslimun: Rukyah Min al-Daakhil (hal. 88-90), di antara tahun 1936 sehingga 1939, IM telah membekalkan bantuan kewangan dan sokongan moral kepada rakyat Palestin. Mereka juga telah melancarkan kempen 10 sen untuk Palestin di kalangan anggota IM. Di Mesir pula, IM telah memberikan tekanan politik kepada kerajaan British yang pro-British kerana polisi-polisi British yang lebih berpihak kepada Zionis. Mereka juga telah melancarkan boikot ke atas majalah-majalah terbitan syarikat Yahudi. Di peringkat kempen pula, IM telah menyebarkan risalah-risalah dan buku-buku berhubung pendirian Islam di dalam isu Palestin..

(artikel selanjutnya di www.palestinkini.info) atau http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=904

No comments: