Wednesday, August 26, 2009

cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam

kenyataan dari Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di laman akhbar sememangnya tepat pada masa. Mungkin pada pengamatan masyarakat y belum clear ngn hukum2 syariah akan terus membayangkan apabila dikenakan hukuman sebatan, penyebat y digunakan adalah the same macam penyebat dkt sarkas2 binatang spt harimau singa etc, y panjangnya tah brape meter dan diameternya y besar mmg cukup utk membiratkan kulit dan memeritkan si pesalah. pengaruh media mmg menguasai fikiran masyarakat biasa.

sebagaimana y Tan Sri nyatakan, mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam janganlah membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut. Apabila tidak kita ketahui mengenai sesuatu isu, hendaklah merefer pada mereka di dalam bidang tersebut, lebih2 lagi dalam hal berkaitan agama. Janganlah dibuat hukum sendiri.

let's hear what Tan Sri had to say.

*********************************
IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Sebatan di penjara lain, tidak sama dengan sebatan ini. Sebatan dari segi syarak, ketiak pun tidak boleh terbuka. Pesalah akan disebat di belakang, tetapi masih memakai baju.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kontroversi isu sebat terhadap Kartika Sari Dewi yang sepatutnya berlangsung minggu ini tetapi ditangguhkan.

Kartika Sari Dewi yang dijatuhkan hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sepatutnya menjalani hukuman tersebut semalam.

Namun hukuman itu itu ditangguhkan sebagai menghormati bulan Ramadan.

Sehubungan itu, Harussani berharap agar mereka yang tidak tahu mengenai hukum Islam agar tidak membuat sebarang komen berkaitan isu tersebut.

"Media asing pun saya harap tidak campur tangan dalam hukum dan undang-undang Islam," katanya.

Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai hukuman sebat itu.

Tegas beliau, cakap-cakap daripada orang ramai yang tidak faham mengenai hukum Islam hanya akan mengeruhkan keadaan dan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati pihak terbabit.


No comments: