Thursday, August 14, 2008

cuti v1

hehe.cuti y sgt menarik. di samping beberapa event penting y akan berlaku sepanjang cuti nie.dun get me wrong.peristiwa2 semuanya berkaitan dgn family.hehe.family gathering will be the moment i really look forward.di samping menghadiri kenduri kahwen di sini sana.isk2.asek
attend org nye aje =p ..

sebenarnye hati ini masih terluka..parah..robek..sayu..sadis..bile melihat camera y sy sgt suke die nye internal screen crack..aduhh..walaupun still bleh gune secara separaly, since some features can hardly be used without the screen..can only snap manually.so some features y best cam multiple snap etc susah nk gune psl dah lupe position die kt ne..adeh.ke ade org y baik hti mulia dan murni ingin mensponsor utk tlg membaiki internal screen kamera sy itu?he he adapun kamera itu adalah dr brand konica minolta..kalau xnak sponsor utk baiki,sponsor to get me a brand new one pun xpe je..sy xmenolak.. =p techno2 gadget skang ni pun dah murah..paling xpun, nk kasik SLR pun sgt ok! ngeh3

dlm minggu ni saje, dlm masa xsampai 5hari telah membaking 3bijik kek.mule2 choc cake,then carrot cake..then choc cake kembali.berikutan permintaan dr kanak2 ribena y sungguh eruntun
perasaan.." cikpah..wat kek coklat pulok.." mereka lebih menggemari choc cake.bagus2..ni le baru anak2 (buah) cikpah..hehe..o ya.ade sape2 reti buat kek keladi? sy sgt gilekan kek keladi skang ni.aritu beli selepas menghadiri kuliah tokguru kt kb on friday,beli sebijik lalu makan lalu tersgt jatuh chenta lantaran kesedapan n kelembutan n kesyokan y terkandung dlm setiap mamahan (?) kek tersebut..lebih2 lg selepas disimpan sejuk dlm peti ais..uuuu~ sgt menusuk kalbu..angel

Friday, August 8, 2008

entry lapuk

entry lapuk..nerdblur

Petronas ditubuh Tun Razak untuk kekalkan harga minyak murah
Wan Nordin Wan Yaacob
Tue | Jun 10, 08 | 12:28:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa mendedahkan bahawa Petronas ditubuhkan oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussien pada tahun 1974 bagi memastikan harga minyak di negara ini sentiasa berada pada tahap rendah sekalipun harga minyak dunia meningkat.

Dalam kes ini Petronas ditubuh untuk pastikan keuntungan daripada harga minyak yang Malaysia keluarkan itu untuk melindungi pengguna tempatan dengan harga yang murah, ujarnya dalam satu temubual dengan Harakah di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Ini bermakna, harga minyak dunia boleh naik tetapi harga minyak negara perlu lebih rendah daripada harga minyak dunia, ini konsep yang menyebabkan Petronas ditubuhkan.

"Fungsi utama Petronas bukan semata untuk keuntungan, Petronas boleh bergerak mencari keuntungan tetapi keuntungan itu adalah mesti digunakan untuk rendahkan harga minyak Malaysia, bukan hanya untuk rekodkan keuntungan dan berbangga dengan keuntungan besar itu tetapi tak mahu gunakan wang itu untuk rakyat," ujar Husam.

Menurut Husam, Petronas hanyalah pengawal kepada sumber minyak yang sebenarnya ialah milik rakyat, dan Petronas tidak boleh kata sumber minyak dan keuntungan itu milik mereka.

Ini kerana keuntungan itu sebenarnya perlu digunakan gunakan untuk melindungi harga kerana pemilik asalnya adalah negara iaitu rakyat Malaysia, ujarnya.

Menurut Husam, keuntungan Petronas kini mencapai berlipat kali ganda lebih-lebih lagi kini Petronas berkembang di luar negara dan rizab Petronas diluar negara ialah 3.2 kali lebih tinggi jumlah 'replacement ratio dalam negara (1.8),

"Maknanya jika sekarang kita guna 1 liter, kita ada Replacement Ratio 3.2 kali ganda lagi pada kadar rizab kini," ujarnya.

Kemudian jika dilihat kepada rekod Petronas berdasarkan laporan tahunannya, hasilnya sentiasa meningkat dari setahun ke setahun, katanya.

Pada tahun 2006, keuntungan selepas cukai ialah RM43 bilion, sedangkan harga minyak dunia ketika itu ialah USD65 (satu tong), katanya.

"Sekarang harga minyak naik lebih USD130 satu tong, tentunya Petronas akan mendapat keuntungan yang lebih lagi.

"Pada tahun 2007 pula keuntungan bersih Petronas ialah 46.4 bilion.Dalam laporan tahunanya pendapatan besarnya disumbangkan oleh minyak yang telah dijual kepada orang ramai melalui stesen-stesen minyak (domestics) iaitu RM62.7 bilion pada tahun 2007.Ini bermakna minyak yang dijual Petronas kepada orang ramai menjadi sumber pendapatan terbesar Petronas," katanya.

Selain itu harga minyak Malaysia 30 peratus lebih tinggi berbanding minyak yang Petronas import kerana minyak yang dihasilkan di Malaysia ada kualiti yang lebih baik dan harga yang lebih tinggi, katanya.

"Bermakna di atas kualiti minyak ini, kita akan dapat lebihan pendapatan berbanding harga minyak yang kita beli pada pasaran dunia untuk kegunaan domestik tadi, katanya.

Ini semua membuktikan Malaysia mampu memberi subsidi kepada rakyat untuk mengekalkan harga pada kadar yang rendah dan dengan itu mengurangkan beban rakyat jelata dan membolehkan rakyat ada cukup wang untuk dipusingkan dalam ekonomi, katanya.

bace sini

Saturday, August 2, 2008

biografi

hehe.semenjak bermastautin d malaysia ini, aktiviti menghapdet blog kurang berjalan.bukan berjalan, mmg xberjalan pun.ade je coretan y ingin dikongsikan namun niat tinggal niat,terkubur di sisi draf.. hehe.btw, skang ni sy tgh membace sebuah buku y bagi sy penting, lgpun how far we hv known muhammad bin abdullah other than his birthdate, simple acknowledgements that we first heard from our primary school, or even kindergarten..hmm..yes, through this "Biografi Muhammad bin Abdullah", the very single anecdot of life about him were being revealed..its real interesting though..n something that impressed me which i wanna share with u..

di saat org2 Quraisy y belum Islam belum berputus asa dalam menentang perjuangan Rasulullah, mereka bersidang d Darul Nadwah dan memutuskan utk menghantar Walid al-Mughirah iaitu org y paling berpengaruh di kalangan mereka dan disegani oleh semua Arab..Dia dtg kpd baginda d saat baginda brada seorang diri di tepi Kaabah...

Walid al-Mughitah berkata" Wahai Muhammad, apekah y terjadi? Apa yang kamu bawa ini? Dakwah kamu memecahbelahkan antara kami, antara ibu ayah dan anak2, antara suami dan isteri. Kalau engkau sakit,kami sedia mengumpulwang bagi mengubati kamu. kita cari tabib y palign pakar. kalau kamu berharap daripada perjuangan kamu ini harta dan wang, kami Quraisy bersedia mengumpulkan harta dan wang utk kamu sehingga kamu menjadi org y paling kaya.kalau kamu mahu kemuliaan, kami jadikan kamu ketua kami.kalau kamu mahu kekuasaan, kami angkat kami menjadi raja kami, raja Mekah. kalau kamu mahu berkahwin,kami kahwinkan kami dgn sesiapa sahaja y kamu mahu daripada gadis2 kami. Apa sahaja y kamu mahu wahai Muhammad akan kami tunaikan.Yang penting kamu berhenti daripada dakwah dan perjuangan ini"

Guess what, baginda y begitu bersabar dan berakhlak mendengar dgn baik walaupun kata2 y disampaikan oleh Walid itu menyakiti hati baginda..

selesai walid bercakap,baginda dgn penuh bijaksana bertanya pula kepada walid " adakah engkausudah selesai wahai walid?" walid mengiyakan.
" kalau begitu izinkan aku bercakap pula.Aku mendengar apa y kamu sampaikan dan sekarang kamu dgr pula daripada aku"

dengan akhlak baginda itu walid bersedia mendgr penjelasan baginda. Baginda bercakap kpd walid y merupakan org paling fasih di kalangan bangsa Arab pada masa itu ttg ayat 1 hingga 13 daripada surah Fussilat.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

begitulah lebih kurang kisahnya..jatuh hati sy dibuatnya dgn akhlak baginda..something that shud be practised and engraved in us..

understand to be understood..listen to be listened(?)..

so sape2 y kat malaysia silelah dapatkan buku ini.walaupun sy tidaklah dibyr for doing this promotion, sy tetap nk promote buku ni kt korg.buku ni adalah susunan prof madya dr zulkifli mohd yusoff dan prof madya dr noor naemah abd rahman y keduanya merupakan pensyarah di akademi pengajian islam UM.

mungkin bleh kasik buku ni kt anak buah sy, abidullah y mampu menghabiskan sebijik buku doraemon di senggang masa antara balik sekolah dan menunggu kepulangan ummi die..heh. doakan sy sempat menghabiskan buku setebal 481 ini sebelum kepulangan semula ke egypt this 3rd sept..dan sy skarang baru berada di halaman ke 63.ugh~ Allahu yubarik fiyya isA.. :)